SABAH TRIP - DAY 2 - PART 2

ok kembali lagi kita dalam sambungan jelajah negeri di bawah bayu..

pagi ni kami semua akan bertolak ke kundasang tetapi sebelum itu singgah ke PASAR TAMU GAYA..pasar ini dibuka setiap pagi Ahad di bandar KK.. pada mulanya aku tertanya-tanya juga apa istimewanya pasar ini..ternyata keistimewaannya ( bagi aku la) tak boleh disangkal lagi..terutamanya penggemar atau peminat tegar fridge magnet..

jom tengok apa yang aku snap snap snap 

p/s: scroll sampai habis..kalau tak rugi..hehehe



pintu masuk dia yang ada macam gerbang tu..masuk-masuk je nampak pelbagai jenis aksesori dijual seperti, topi, cermin mata, beg..pada mulanya aku fikir pasar Tamu Gaya ini sama sahaja dengan pasar-pasar lain yang aku selalu pergi..


ok nampak dah gerai jualan aksesori mutiara


barangan antik pun ada..


penjualnya pun antik juga..hehe


cuba teka apakah gerangan benda ni atas ni..


kalau dah dekat dengan laut, segala keluarga cengerang, siput, ketam mesti ada punya..



peminat aksesori wanita memang rambang mata kalau datang pasar ini..murah-murah mutiara asli dia..aku sempatlah rembat dua gelang tangan mutiara..


kerongsang mutiara..murah sangat..satu kotak tu ada 20 tetapi harganya cuma RM 12 sekotak..aku balik KL jual kerongsang tu 1, RM 10 ada gak orang beli..cer kira berapa keuntungan aku dapat?huhu


wanita-wanita di luar sana..sila lap air liur anda..hehe


alolo comeinyer..meow pun ada jual..RM 10 - RM 20 ringgit je seekor..nasib baik la aku balik nanti merentasi lautan..kalau tak mesti beli seekor..


hai meow..


segala jenis tumbuhan pun ada..tapi aku tak tahu nama pokok-pokok ni..maklumlah bukan vegetarian..ada kaitan tak? :D

OK, pic bawah ni memang pic yang aku sangat-sangat suka untuk pergi ke PASAR TAMU GAYA lagi, lagi dan lagi..

File:Arrow south.svg


File:Arrow south.svg


File:Arrow south.svg

inilah dia..FRIDGE MAGNET yang terunggul pada abad ini!! 



wahhh kagum aku tengok..detail betul hasil tangan orang yang buat FM ni..


ok en cik nak order apa? 


ayamm gorenggg (ikut stail upin & ipin..hehe)



nampak tak ketulan ayam dalam mangkuk mee tu?giler dasat..mangkuk ni saiznya hanyalah sebesar syiling 50 sen..haa jangan tak percaya..


bubur-bubur..


nampak tak telur mata kerbau tu?menyelerakan..nyummyyy


roti sosej pun ada..


kek gulung pun ada..sedapnya..


burger pun ada..


haaa kek ni ada citer..aku beli FM kek ni dan bawa masuk dalam van..tiba-tiba kawan aku lapar dan aku hulurlah kek ni..terus dia buka nak makan..sekali tengok kenyal-kenyal je..sian dia..hahahaha


hmm kek ni pun nampak real dan sedap...


ok sampai sini dulu aku update pasal PASAR TAMU GAYA yang besttt..sambungan pula apa yer...


KBAI

Comments

Popular posts from this blog

Laguna Biru Apartment

aku punya manja kau saja boleh rasa

tompok tompok putih