Posts

Showing posts from 2013

Tiba tiba suka lagu ni

Image
hari itu pergi karok dengan kawan-kawan ni..tiba-tiba ada sorang tu nyanyi lagu ni..tiba-tiba macam terpana kejap tengok video klipnya dan kesedapan alunan muziknya.. hehehehe enjoy kejap

Retak seribu

Image
Ikan naik ke darat di Lahad Datu, Sabah..tanda-tanda Tsunami.  Bila tiba tarikh yang mengusarkan hati rakyat jelata ini, Tsunami tak tiba Tiba pagi itu di pejabat disambut dengan hiasan dinding yang sangat cantik Susah nak gambar dengan kata kata Cantiknyaa Terima kasih kepada yang menceriakan pagi saya Terima kasih

Zikir munajat beserta terjemahan..

Image
baru-baru ini aku mencari-cari zikir yang boleh diamalkan serta dapat menginsafkan diri yang banyak sangat dosa ni..alhamdulliah aku jumpa..tak sah kalau tak mengalir air mata bila dengar alunan zikir. bukan nak tunjuk aku dah insaf ke apa cuma di sini kita dapat lihat kekuasaan Allah. betapa indahnya alunan zikir ini hingga dapat mengalirkan air mata sesiapa sahaja yang mendengarkannya.. Alhamdullilah

CONFESSION

Salam sejahtera kepada penghuni di alam maya dah lama aku tak mencoret sesuatu yang berkenaan dengan kisah hidup aku..balik-balik cerita cuti-cuti malaysia..tak pun novel cerpen yang tak siap-siap tu..takda idea lah..huhu aku masih di ofis ni..walaupun kawan-kawan ofis semua berlumba-lumba balik pukul 4.29 tadi..almaklumlah bulan puasa ni..semua nak balik awal..nak berbuka dengan family..tapi aku? owhh pukul 4.15 tadi dah berbuka..air kosong je.. bulan ramadhan tahun ini aku belum merasai lagi nikmat berpuasa..aku mengalami kecederaan ringan semasa 1 ramadhan dan berlarutan kepada kecederaan serius dan kembali cedera ringan..harap-harap esok dah sembuh dan bolehlah aku menunai rukun islam yang keempat ni..ke tiga eh?selalu konfius puasa ni rukun nombor 3 atau 4.. maka secara matematiknya aku akan ganti puasa selama 10 hari..berbeza dengan tahun lepas aku ganti 2 hari je..aiyoyoyo..takpe takpe..kecederaan aku ini bukan diminta-minta tetapi telah ditakdirkan oleh Allah

SABAH TRIP - DAY 2 - PART 4

Image
PANJANGNYAAA cerita untuk trip pergi Sabah ni..ok kali ini ceritanya adalah sambungan dari episod lepas ye..klik  SINI selepas kami beramai-ramai berjalan menaikan jambatan gantung tamparuli, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang, Sabah. jalan nak ke Kundasang memang agak mencabar berikutan kita akan ke kaki gunung Kinabalu so jalannya macam ular. driver yang dah lepas Genting Highland or Cameron (jalan lama yer) bolehla cuba memandu di Kundasang..hehe ini view sepanjang  perjalanan aku ke Kundasang..tu dia puncak Gunung Kinabalu..nampak tak? puncaknya ditutupi awan.. kami masih ada pit stop lagi sebelum nak sampai ke Kundasang..iaitu Pekan Nabalu..pekan ni macam hidup segan mati tak mahu..tapi singgah tetap singgah..ni la orang Malaysia..always support each other punya bisnes maa..hehehe..padahal memang kaki shoping..tak kisah la tempat apa pun, msti singgahh..haha turun-turun je van nampak orang jual makanan dulu..macam sedap je buah-buahan tu.. rupa

SABAH TRIP - DAY 2 - PART 3

Image
Sebulan lebih aku pending nak publish post ni.bukan apa, lappy kesayangan aku ni buat hal pulak bila nak upload pic yang aku dah edit..belang-belang pic2 aku..so bagi tidak mahu menghampakan anda semua (ceh mcm la ko ada follower kan?haha) aku tanpa membuang masa akan sambung trip ke sabah yang lepas..post sebelum ni sila klik  SINI .. ok selepas puas cuci-cuci mata di Pasar Tamu Gaya, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya..pastikan anda tidak menterbalikkan laptop or PC anda semasa melihat pic2 ni nanti ye..hehehe ok geng..destinasi seterusnya adalahhhh RUMAH TERBALIK ok geng..jangan fikir aku tak rotate pic ni ye..memang cenggini la rupe rumah tu..cun kan?first ttime aku masuk tempat ni memang terpegun jap..tapi inilah salah satu daya tarikan pelancong di Sabah nun.. time time ni la ko nak lelap kan?apala nasib..pic tak pernah nak senonoh..huhu tapi teror aku kan?angkat kereta guna sebelah tangan jer..hihi agak-agak gam j

AND THE WINNER GOES TO .......

Image
dah lama post ni berstatus draf dalam blog aku ni..hari tu nak post tapi tenet ni mengong..asyik hang je..last-last dah bersawang baru boleh post.. selama 27 tahun Anugerah Juara Lagu di siarkan di TV3 setiap tahun, aku merasakan AJL 27 is the best..yyyyy??? sebab konsep dan tema yang diketengahkan pada AJL kali ini sangat-sangat menarik.iaitu konsep "EKSPRESI SENI" maksudnya apa tuan-tuan dan puan-puan? ok maksudnya adalah " muzik dan seni akan digabungkan untuk diekspresikan menerusi grafik dan imej serta disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude, malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung.." kata-kata daripada Ketua Pegawai Operasi, Media Prima, En. Ahmad Izham Omar. ok, jom kita lihat lagu-lagu yang dipertandingkan malam AJL 27 yang berprestij ni. OMBAK RINDU

tompok tompok putih

Image
pagi-pagi di kawasan tempat kerja, belum sempat sampai kat palang automatik untuk masuk ke kawasan parking kereta, tiba-tiba mata ni tertumpu kepada tompok tompok putih di langit..eh kenapa awan tu?? wahhh cantiknya..... terus aku snap snap snap   SUBHANALLAH..YA ALLAH..CANTIKNYA CIPTAAN MU.. AWAN NANO Inilah awan nano yang sering kita lafazkan di bibir setiap kali menyanyikan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF..First time aku lihat rupa sebenar awan nano..indah sekali..rasa nak tatap pemandangan ini lama-lama tetapi tugas di pejabat telah melambai-lambai memanggil aku.. gambar-gambar ini aku ambil guna camera HP..5MP sahaja..agak cantik hasilnya..bukan sebab camera..memang pemandnagannya sudah sedia ada cantik.. bila agaknya akan dapat ku tatap lagi pemandangan ini.. semoga peluang ini akan datang lagi.. KBAI

2012...im gonna miss you

Image
2013 telah menjelma tapi kenapa aku masih dengan kalender 2012 ni? bukan tak nak menerima hakikat bahawa usia aku dah bertambah setahun lagi cuma bagi aku 2012 adalah tahun yang sangat bermakna dan banyak memberi aku berita gembira serta kebahagian yang telah lama yang aku tak rasai.. KEBAHAGIAN perasaan yang sentiasa diinginkan oleh setiap makhluk yang bernafas di atas muka bumi Allah S.W.T ini. Alhamdullillah..aku berjaya merasakan secebis darinya.. Bagi tahun 2012 aku ada banyak azam tapi hanya 2 yang tertunai..salah satunya adalah untuk membeli sebuah rumah atas langit apartment untuk diriku..yang masih single..harga rumah adalah termasuk di dalam kemampuanku dan aku bersyukur dengan rezekiNya. Azam yang lagi satu tu biarlah rahsia..sebab ianya melibat kerohanian diri aku sendiri..takut perasaan riak muncul dalam hati.. Azam yang tak tercapai ada beberapa lagi tapi yang besar adalah untuk mendapatkan jawatan tetap di tempat aku bekerja sekarang s