Posts

PUASA MEDIA SOSIAL

 Aku mula berpuasa media sosial pada 20 Mac 2022. Aku log out  akaun Facebook dan Instagram. Kemudian aku hapuskan aplikasi tersebut dari telefon bimbit. Hari ini genap 6 hari aku tanpa media sosial. Ada sebarang perubahan dalam hidup? Hmm aku tak nampak lagi.  Owh ya selepas aku hapuskan aplikasi media sosial tersebut aku muat turun aplikasi Astro Awani, Bernama dan permainan UNO di telefon bimbit. Maka aku sekarang lebih banyak membaca berita-berita semasa serta aktif bermain UNO di peringkat dunia! Ya aku bermain dengan mereka dari seluruh dunia! Ada juga aku menang beberapa kali..UNO! haha..

TUJUAN HIDUP

Assalamualaikum,,,,, , Lama betul aku tak mencoret dalam blog ni. Nasib baik blog ni di alam maya. kalau blog ni seumpama sebuah bilik confirm blog aku dipenuhi habuk dan sawang.. Aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku dengar dari ceramah seorang ustaz ni..Kata-kata dia banyak memberi inspirasi dan membuka minda serta hati aku untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. Ok salah satu ceramah yang aku dengar adalah bertajuk "INGAT MATI TINGKAT PRODUKTIVITI".. Aku bila dengar tajuk ni terus aku berfikir seperti manusia-manusia lain yang sempit fikiran..Manusia yang sempit fikiran akan berfikir, dah kalau ingat mati mestilah akan 24 jam beribadah..pergi masjid, mengaji, solat..kerja semua dah tak kisah dah..apa yang tingkat produktivitinya?? haaa tengok orang sempit fikiran macam aku ni berfikir..selama ni cara aku fikir salah. BETUL bila kita ingat MATI kita akan tingkatkan IBADAH kita kepada Allah..tetapi kita selalu silap yang ibadah itu hanyalah sol

SEMOGA KITA ISTIQAMAH

Image
Alhamdulillah..syukur sebab masih bernafas di muka bumi Allah ni..ada banyak sebab lain lagi utk aku bersyukur..cuma kadang-kadang kita ni manusia bila diberi kebahagian, kesenangan baru nak bersyukur..salah seorangnya aku lah..bila ada masalah, sedih pun sepatutnya kita tetap perlu bersyukur..sebab apa? Sebab nikmat Allah beri pada kita tak terhitung banyaknya..banyak sangat..sampaikan kalau guna pen yang dakwatnya dari air laut untuk menulis, sampai kering air laut pun belum habis lagi senarai nikmat Allah kepada kita. Hari ni aku gembira..gembira yang aku dah lama ingin rasakan.tiada yg lebih mengembirakan aku selain melihat orang yang aku sayang telah mula berubah..dari yang baik kepada lebih baik lagi..aku yakin..dialah sahabat aku dunia dan akhirat..Saya sayang awak sangat-sangat...Semoga kita  terus istiqamah..

kasih sayangNya

Assalamualaikum.. Lama sangat ni tak update blog..dasar mamalia yang berat tulang..huhu..aku ada banyak perkara nak diceritakan tetapi disebabkan wujudnya simpton-simpton M ni maka tak sampai-sampai perkara yang nak diceritakan.. Ok aku nak cerita tentang kasih sayangNya kepada hambanya yang lemah lagi hina ni..serius ni.. Aku masih tak boleh lupa satu peristiwa di mana sehingga kini aku jadikan peristiwa tersebut untuk aku sentiasa bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.. Ok pada suatu hari..aku dan adik perempuan ku ingin menghadiri suatu kenduri kawen di Klang..semasa aku sedang drive nak gerak dari rumah aku dah perasan yang minyak tinggal 1 bar lagi nak sampai E..selalunya jika berkeadaan begini, aku akan terus isi minyak di stesen minyak yang paling berdekatan dengan rumah aku..TETAPI pada hari tersebut aku boleh teruskan perjalanan dan merancang untuk mengisi minyak di stesen yang berikutnya..lebih kurang 3KM daripada rumah aku.. Bila tiba

1000 pieces

Image
Jeng jeng jeng.. ingat lagi masa zaman kanak-kanak..dalam umur aku 12 tahun ke bawah..hmm rasanya macam 9 tahun ke bawah..aku minat sangatttt main jigsaw puzzle ni..bermula dari frame kecik sampai frame yang 1000 pieces.. berulang-ulang aku main permainan ni..memang menguji minda sangat..sebab menggunakan daya imaginasi yang tinggi..sebab tu kesannya sekarang aku KUAT berangan! Yang terbaru ni aku beli hari sabtu lepas..kat kedai area permaisuri..harga RM 7.90 rasanya..murah..sebab tu beli..kalau RM 79 hengget memang tak la..huhu Okeh..bila nak mula ni?hmmm Buat masa ni tak free lagi..baru lepas bersenam...nak mandi dan iron baju.. nanti dah siap aku show off hokey...hehehhe kbai

malam yang dingin

Image
Lama sangat tak update blog ni.. Banyak perkara yang nak diluahkan dalam ni tapi tangan ni berat je nak menaip. Dasar pemalas! Baru lepas mandi ni..sejuk.. Hari ini rasa puas sangat bekerja..mungkin dah lama tak fokus semasa kerja.. Harap2 sikap ini dapat diteruskan untuk esok dan hari hari yang mendatang.. Aku selaku berdoa semoga kerjaku ini dapat pahala seperti aku melakukan ibadah. Niat aku bekerja hanyalah kerana Allah.. Masa odw balik kerja ternampak pemandangan yang cantik bagi aku.. Selalu kalau aku balik kerja malam2 bangunan ni gelap..tapi malam ini terang benderang..dari tingkat bawah sampai atas.. ada apa agaknya ye..

Cepatlah siap kerja ni!!

Image
Tak sabar nak sampai pulau payar tapi kerja banyak tak siap lagi!!!  STRESS! Harap tempat ini dapat mendamaikan hati ini..ameenn