AND THE WINNER GOES TO .......

dah lama post ni berstatus draf dalam blog aku ni..hari tu nak post tapi tenet ni mengong..asyik hang je..last-last dah bersawang baru boleh post..

selama 27 tahun Anugerah Juara Lagu di siarkan di TV3 setiap tahun, aku merasakan AJL 27 is the best..yyyyy??? sebab konsep dan tema yang diketengahkan pada AJL kali ini sangat-sangat menarik.iaitu konsep "EKSPRESI SENI"

maksudnya apa tuan-tuan dan puan-puan?

ok maksudnya adalah

" muzik dan seni akan digabungkan untuk diekspresikan menerusi grafik dan imej serta disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude, malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung.."


kata-kata daripada Ketua Pegawai Operasi, Media Prima, En. Ahmad Izham Omar.

ok, jom kita lihat lagu-lagu yang dipertandingkan malam AJL 27 yang berprestij ni.


OMBAK RINDU


lagu ni memang bagi kontroversi sangat..tapi rasa macam awal pula kontroversi ditonjolkan dalam AJL kali ini..mungkin adegan Adira didukung Aaron Aziz tak perlu..vokal Hafiz dan Adira dah cukup mantap untuk persembahan ini..apa-apa pun lagu ni salah satu lagu feberet aku..


PATAH SERIBU


aiyooo..telefon berdering-dering pula..siap sajak lagi..macam tak sesuai je..huhu..bagi aku lagu Patah Seribu ni dah sedap sangat..cut the crap shila..tak yah berdering-dering tu..background pun cantik..lagu ini pun lagu feberet aku..

IDOLA



persembahan Azlan & The Typewriter ni buat aku terfikir mereka akan menang persembahan terbaik..dengan make up yang agak unik bak kata Faizal Tahir macam kulit telur..hehe..ada pemain gitar yang memakai dress telah menarik minat penonton pada malam persembahan tu..siapakah gadis misteri itu?

PELANGI SENJA


haaa gimik dari Faizal Ismail yang melukis gambar bukit dan pelangi membuatkan otak ku yang suci murni ni ada terpalit kekuningan sikit..hehe..lihat persembahan stacy ni aku terus tukar fikiran yang stacy boleh menang persembahan terbaik..baju dia yang berwarna pelangi tu buat aku kagum seketika memikirkan siapakah pereka baju penyanyi ini..gigih wehh..

p/s: stacy....nape kamu dah bam bam eh..jangan tiru saya baaa


SIMETRI


apa nak cerita eh tentang lagu nyanyian Hazama ft Amy Search ni..lagu ni ok cuma aku tak berkenan sangat lagu serabut-serabut ni..so far persembahan okla cuma serabut lak tengok banyak sangat api-api atas pentas tu...huhu

ok nextttt

LAGU



first time aku dapat lihat siapa penyanyi lagu LAGU ni..suburnya rambut dia..guna baja pe dik..huhu..muzik yang santai daripada Bedroom Sanctuary..so so la persembahan dia..cuma pemain muzik dia ramai dan pelbagai jenis alat muzik digunakan..best gak..hehe

TANPAMU



lagu nyanyi Amir Jahari ni memang best..aku ingat lagi budak ni masa kat AF dulu..macam seorang yang loser je..tak sangka lagu ciptaan dia dapat masuk final AJL 27..salute lah dik amir..cewah macam kenal je..hehe..suka drumer dan pemain alat-alat muzik dan backup vokal yang raamaaiii atas pentas tu..memeriahkan persembahan dia..

TEMAN PENGGANTI


haii laa lagu ni memang buat hati dan jiwaku terasa sayu yaa amatt..lagu nyanyi Black ft RJ ni memang best lebih-lebih lagi dengan vokal mantap daripada Black..lagu ini kalau Malique nyanyikan part rap memang meletop lah..kalau dihayati lirik lagu ni memang menghayat hati..plus meremang bulu roma..pakej lengkap untuk lagu yang best..sedapnya suara Black..nak mimpi Black malam ni.

TERUKIR DI BINTANG


alalala comelnyer misai Aizat..Aizat agak santai dalam menyanyikan lagu Yuna ini..santai ala-ala broadway..macam iklan Nescafe pun ada..hehe..lagu ini memang sedap..muziknya snagat unik..harap-harap ada peluang ye..


KU AKUI



lagu nyanyian Hafiz AF dan ciptaan Ajai ini memang best..piano dimainkan oleh Ajai..nampak bergaya sungguh..hehe..ramai yang kata lagu ini Ajai buat khas untuk bekas isterinya Nurul..sila hayati lirik lagu ini..memang sebijik macam kisah hidup Ajai dan Nurul..tapi itu hanya pendapat orang..tak sure betul ke tak..tapi vokal Hafiz tetap mantap..boleh menang lagi tahun ni dik? costume pun dah upgrade nampak..baru smart..


ANDAI KU BERCINTA LAGI


lagu nyanyian MOJO ni aku suka sangat..persembahan malam ni memang aku tunggu sangat-sangat..bukan apa..aku tak sabar nak tengok Edry buat persembahan..ntah kenapa sejak nampak Edry dalam kumpulan Mojo ni rasa macam minat jatuh hati pandangan pertama plak..(sila muntah dalam sinki..huhu) kenapa Edry sangat hensem sekarang?kenapa Edry sangat tough sekarang?kenapa? kenapa? kenapa? cancel mimpi Black..nak mimpi Edry..

AKU ANAK KAMPUNG



meriahnyaa pentas dengan penari traditional orang Sabah....hehe..lagu nyanyi Jimmy Palikat ft One Nation Emcee..lagu penutup untuk AJL 27..lagu ini kalau dinyanyikan sendiri oleh Jimmy memang best tetapi tambah-tambah best apabila di rap kan oleh One Nation Emcee..Tambah-tambah ada Mimie jadi gadis kampung kan..kampung sangat lah..huhu



OK tamat sudah 12 lagu yang dipertandingkan pada malam AJL ke 27 ini..siapa juara?

AND THE WINNER GOES TO :

tadaaaa


JUARA - TERUKIR DI BINTANG (YUNALIS ZARAI)

NAIB JUARA - IDOLA (AZLAN & THE TYPEWRITER, CIPTAAN AUDI MOK)

TEMPAT KETIGA - KU AKUI (HAFIZ AF, CIPTAAN AJAI)

VOKAL TERBAIK - KU AKUI (HAFIZ AF)

PERSEMBAHAN TERBAIK - TEMAN PENGGANTI (BLACK & RJ)



Tahniah kepada pemenang

OK geng

BUBBAI




Comments

awan said…
Nak menang juara lagu hanya perlu jadi unik...

Popular posts from this blog

Laguna Biru Apartment

aku punya manja kau saja boleh rasa

tompok tompok putih