SABAH TRIP - DAY 2 - PART 1

Hari kedua pun menjelma..seperti kita semua sedia maklum, waktu di negeri bawah bayu ni cepat dua jam dari waktu di semenanjung..sesiapa yang tak biasa tu memang asyik subuh gajah ler setiap hari..selalu bangun pukul 6 pagi gelap lagi kalau kat KL..tapi di KK, kul 6 pagi dah terang benderang..siap rasa bahang matahari lagi..memang melompat lah bangun masuk toilet untuk mandi dan solat subuh..bukan subuh gajah lagi tapi dah subuh dinasour..huhu

ok untuk makluman, kami semua menginap di De Galleria Hotel..sedap nama hotel ni kan?macam ala-ala hotel 5 bintang..tapi saiz biliknyaa yaa ampun..kalau nak gerak boleh sehala je..kalau ada kenderaan dari depan, sila reverve dulu..kalau tak bertembung..memang dasyat lah saiz bilik ni.tapi kemudahannya selesa..sangat selesa dan terlebih selesa aku rasa..mana taknya..bilik airnya SEE THRUUU sangat..






see??am i rite?malu sangat nak mandi manda, buang air kecik besar segala..aduhh..aku dengan kawan tu terkebil-kebil fikir macam mana nak mandi tanpa nampak apa yang berlaku di dalam tu..kawan aku suruh aku pandang tempat lain masa dia mandi..yeahh rite,,aku tengok tv la kan apa lagi nak buat..tapi  TV tu bukan betul-betul sebelah pintu ke?aarrgghhh..stress duduk hotel ni..

akhirnya kami dapat idea untuk tutup lampu waktu mandi..haa gelap sikit..tapi meraba-raba la kan..mana nak cari sabun dan ubat gigi bagai..bantai je asal bau wangi..hehe..

owh ye kalau sesiapa berminat nak menginap di hotel ini boleh lah mengunjungi laman webnya di SINI ..

Ok lepas mandi dan solat kami turun ke lobby hotel untuk check out dan breakfast..nasib baik semalam je menginap kat sini..tak sanggup nak mandi dalam gelap gelita lagi..



tinggi tau signboard hotel ni..patah tengkuk jugak nak mencarinya..huhu

dan di bawah ini antara hotel / motel yang berada di sekiling hotel aku menginap tu..boleh tahan banyak juga hotel-hotel kat situ.and guess wat?rupa-rupanya kawasan aku menginap ni kawasan hitam..wahh baru tahu lepas balik ke KL..nasib baik tak kena serbuan ke apa kan..





kat seberang hotel aku ada banyak kedai serbaneka..agak-agak lapar tengah malam boleh keluar cari meggi..dan juga pergi buat urutan..hehe



turun-turun je lobby dan keluar je pintu hotel dan boleh nampak gerai-gerai naik untuk jualan waktu pagi..bukan pasar basah..aku tengok macam banyak jual pakaian bundle, mutiara, dan aksesori-aksesori lain..




kami tak memborong kat sini..sebab ada pasar yang lagi menarik untuk memborong..so destinasi berikutnya adalah PASAR TAMU GAYA..

sambung lain kali eh..

KBAI


Comments

awan said…
fuyooo... nak mandi tu mau kene pakai baju lengkap gak tu hhehehe
haha..xdanya..takda feel nnt time mandi..

Popular posts from this blog

SABAH TRIP - DAY 2 - PART 4

Laguna Biru Apartment

aku punya manja kau saja boleh rasa