Posts

Showing posts from 2012

Pls Jangan Tinggalkan Saya Sekali Lagi

Ciko masuk wad.. pukul 12.32 pm tadi aku terima panggilan daripada emak yang mengatakan ciko tak bergerak..mata terbuka..nafas masih ada..tapi kakinya tidak bergerak..diam terkaku dan sekali sekala kepalanya bergerak-gerak.. aku dalam perjalanan nak membayar saman parking di MBPJ dan bila menerima panggilan telefon tersebut, terus aku terbayang dan merasa kesedihan yang aku alami semasa kehilangan Bell..aku tak mahu rasakan semua itu lagi. terus aku memecut pulang ke rumah. sampai rumah aku lihat ciko berada di atas sehelai kain baju yang memang aku khaskan untuk alas tempat tidurnya.. bila aku lihat saja wajah ciko, air mata aku terus mengalir tanpa disekat-sekat lagi..ciko sangat lemah..kaki-kainya tak bergerak langsung..badannya sangat kurus..matanya merenung ke wajahku apabila aku memanggil-manggil namanya..ciko..ciko..bangunlah..jangan tinggalkan aku..tapi ciko hanya memandangku dengan wajah sayunya.. aku terus membawanya ke hospital veterinar yang sering aku

aku punya manja kau saja boleh rasa

Image
aku kadang-kadang tak faham dengan manusia yang suka berburuk sangka dengan orang yang berniat baik. lantak lah orang yang baik tu nak menunjuk kebaikan dia ke, dia ikhlas tak ikhlas  ke, itu hanya Allah yang tahu.. kita sepatutnya mencontohi sikap baik itu..bukannya  mengata orang tu..sekurang-kurangnya orang yang baik tu, dia buat kebaikan..tak ikhlas pun itu masalah dia, korang yang mengata ni apa dapat?dahlah tak buat kebaikan malah mengata orang lagi..aku yang dengar ni rasa sakit je telinga dan hati tapi pendam kan jelah..malas nak campur dengan orang otak singkat ni.. bila orang buat baik, kata nak menunjuk..ok aku tak kisah KBAI

SABAH TRIP - DAY 2 - PART 1

Image
Hari kedua pun menjelma..seperti kita semua sedia maklum, waktu di negeri bawah bayu ni cepat dua jam dari waktu di semenanjung..sesiapa yang tak biasa tu memang asyik subuh gajah ler setiap hari..selalu bangun pukul 6 pagi gelap lagi kalau kat KL..tapi di KK, kul 6 pagi dah terang benderang..siap rasa bahang matahari lagi..memang melompat lah bangun masuk toilet untuk mandi dan solat subuh..bukan subuh gajah lagi tapi dah subuh dinasour..huhu ok untuk makluman, kami semua menginap di De Galleria Hotel..sedap nama hotel ni kan?macam ala-ala hotel 5 bintang..tapi saiz biliknyaa yaa ampun..kalau nak gerak boleh sehala je..kalau ada kenderaan dari depan, sila reverve dulu..kalau tak bertembung..memang dasyat lah saiz bilik ni.tapi kemudahannya selesa..sangat selesa dan terlebih selesa aku rasa..mana taknya..bilik airnya SEE THRUUU sangat.. see??am i rite?malu sangat nak mandi manda, buang air kecik besar segala..aduhh..aku dengan kawan tu terkebil-kebil fikir macam man

Sabah Trip - Day 1 - Part 3

Image
ok malam ni aku nak sambung trip aku yang ke Sabah hari tu..lama betul nak update..busy sangat dengan kerja yang menimbun kat ofis..tapi dalam hati ni meronta-ronta je nak update blog..rasa tak best bila lama tak menaip.. tanpa membuang masa aku sambung dari bab ni  Sabah Trip - Day 1 - Part 2 aktiviti aku dan kawan-kawan malam tu adalah pergi cari makanan..manusia tak boleh hidup tanpanya..siang dah letih sangat bersnorkeling bagai kan..malam tu perut dah bunyi-bunyi minta diisi..janji tunggu kat lobby hotel kul 7 tapi kul 8 ada je yang tak turun lagi..geram betul aku..perut dah masuk angin ni..tapi sebab kawan-kawan kan..sabar jelah..so kul 8.30 baru gerak untuk cari makanan..kebetulan malam tu ada pasar malam Filipino..so letssss gooooo..LAPARRRRRR!!!!! kedudukan pasar malam ni betul-betul depan hotel meridien KK..pasar malam ni kalau tak silap aku setiap hari ada mula kul 3 petang...memang meriah!! kiri kanan jual sayur..segar-segar sayurnya..murah-murah lagi..ak

BILA MANUSIA TAK RETI NAK BERSYUKUR

aku tak rujuk pada sesiapa entry ni tetapi merujuk kepada diri SENDIRI. .yer diri aku sendiri..aku perasan aku ni ada satu sikap yang pelik..aku tak tahulah kalau sikap atau perangai pelik ni ada kat orang lain.apa-apa pun aku selalu merasai dan mengalamai perasaan tu.. perasaan ini timbul apabila..apabila ye puan-puan sekalian..apabila dua minggu aku bekerja dalam keadaan yang sangat busy dan tak dapat  rehat yang cukup..tido pun  tak lena serta tak cukup..maka datanglah perasaan TAKDA MOOD , perasaan RUNSING ..perasaan STRESS ..perasaan T AK DAPAT NAK FIKIR DENGAN BAIK ..perasaan T AK BOLEH NAK FOKUS. . kronik tak penyakit aku ni?agak-agak ada ubatnya tak? maka bila perasaan ni datang, aku secara automatik tak boleh nak buat kerja yang menimbun tingginya macam bukit belakang rumah aku..bukit belakang rumah aku kan ada pokok rambutan..baru-baru ni berbuah..lebat gak  sampaikan berebut-rebut penduduk kat taman aku nak ambil buah tu..siap gado-gado lagi..apa daa..pasal ram

lay lay lay LADY

Image
pagi tadi aku dengar satu lagu kat radio ERA..macam rentak hip hop campur pop rock..erk..ada ke rentak tu?aku memang buta muzik skit walaupun suka bernyanyi dan berkaraoke..tapi bab2 genre muzik ni mmg fail..lagu tu kedengaran sedap muziknya..tapi aku tak faham bahasanya..aku kata dalam hati ni sah lagu luar negara..aku cuma dengar dia sebut "lingg..lingg.lingg.." hahaha gle aku tak faham lagu apa.. so nasib baik lepas habis lagu DJ ERA tu bagitahu tajuk lagu tu BAD BOY.. ok sampai ofis terus search lagu tu kat youtube.. sekali lagu KPOP daaa..BIG BANG??tiba-tiba rasa kegelian..eh sejak bila aku suka lagu KPOP ni?aku memang alergik skit KPOP KPOP ni sebab rimas tengok kazen-kazen aku yang hidupnya 24 jam dengan KPOP ni..kat rumah tengok astro asik cite korea..datang rumah aku sumbat telinga dengan mp3 lagu korea gak..study pun tengok tv cite korea gak..tak tahula apa yang best sangat..nak kata orang korea tu ensem-ensem aku tengok mata sepet je..huhu..cuma putih

Laguna Biru Apartment

Image
Assalamualaikum, semalam aku telah meredah laluan berlopak, berlubang, berhabuk dan bertembung dengan lori-lori besar untuk sampai ke LAGUNA BIRU APARTMENT.. sebab apa aku sanggup bersusah payah, berpenah jerih dan bermandi peluh ni?  sebabnyaaa aku nak tengok rumahh..rumah idamanku..tapi tak pasti lagi berjaya ke tidak untuk aku memiliknya... ok, sebenarnya aku sesat..ada jalan yang elok tapi tah macam mana leh sesat kat kawasan kilang-kilang tu..nasib baik sampai.. LBA ni terletak di sungai buloh..so aku rasa satu Malaysia tahu kat mana sg. buloh..betul tak?? tetapi kedudukan rumah yang aku nak beli ni betul-betul sebelah Tasik Biru. kalau pergi sg. buloh, tanya orang tentang Tasik Biru, memang semua orang tahu..sebab per?sebab tasik tu adalah tempat sukan air dan rekreasi  yang menjadi perhatian pengunjung pada setiap petang dan hujung minggu..pengunjung terdiri daripada kaki-kaki pancing, kanak-kanak, mak bapak, pemuda pemudi yang sukakan sukan air macam jet