2012...im gonna miss you




2013 telah menjelma tapi kenapa aku masih dengan kalender 2012 ni? bukan tak nak menerima hakikat bahawa usia aku dah bertambah setahun lagi cuma bagi aku 2012 adalah tahun yang sangat bermakna dan banyak memberi aku berita gembira serta kebahagian yang telah lama yang aku tak rasai..

KEBAHAGIAN

perasaan yang sentiasa diinginkan oleh setiap makhluk yang bernafas di atas muka bumi Allah S.W.T ini.

Alhamdullillah..aku berjaya merasakan secebis darinya..

Bagi tahun 2012 aku ada banyak azam tapi hanya 2 yang tertunai..salah satunya adalah untuk membeli sebuah rumah atas langit apartment untuk diriku..yang masih single..harga rumah adalah termasuk di dalam kemampuanku dan aku bersyukur dengan rezekiNya.

Azam yang lagi satu tu biarlah rahsia..sebab ianya melibat kerohanian diri aku sendiri..takut perasaan riak muncul dalam hati..

Azam yang tak tercapai ada beberapa lagi tapi yang besar adalah untuk mendapatkan jawatan tetap di tempat aku bekerja sekarang serta menguruskan lemak-lemak di badan ini..Insha Allah tahun 2013 ini aku berjaya mencapai azam-azam yang masih belum dikecapi tu..

Sebenarnya tujuan post kali ini adalah untuk aku abadikan  petikan daripada insan-insan yang terkenal di seluruh dunia yang dicetak di atas kalender 2012 aku..macam gambar di atas..

so jom lihat QUOTES OF LIFE   tahun 2012


































aku nak abadikan semua petikan ini di blog supaya aku boleh baca berulangulang kali dan akan sentiasa positif dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini..lagi pun  kalender 2012 ni memang best lah..terima kasih kepada vendor yang bagi kalender ni..memang berguna sangat-sangat untuk memotivasikan diri..

selamat tinggal 2012..

KBAI


Comments

Popular posts from this blog

Laguna Biru Apartment

aku punya manja kau saja boleh rasa

tompok tompok putih