Posts

Showing posts from March, 2022

PUASA MEDIA SOSIAL

 Aku mula berpuasa media sosial pada 20 Mac 2022. Aku log out  akaun Facebook dan Instagram. Kemudian aku hapuskan aplikasi tersebut dari telefon bimbit. Hari ini genap 6 hari aku tanpa media sosial. Ada sebarang perubahan dalam hidup? Hmm aku tak nampak lagi.  Owh ya selepas aku hapuskan aplikasi media sosial tersebut aku muat turun aplikasi Astro Awani, Bernama dan permainan UNO di telefon bimbit. Maka aku sekarang lebih banyak membaca berita-berita semasa serta aktif bermain UNO di peringkat dunia! Ya aku bermain dengan mereka dari seluruh dunia! Ada juga aku menang beberapa kali..UNO! haha..