SABAH TRIP - DAY 2 - PART 3

Sebulan lebih aku pending nak publish post ni.bukan apa, lappy kesayangan aku ni buat hal pulak bila nak upload pic yang aku dah edit..belang-belang pic2 aku..so bagi tidak mahu menghampakan anda semua (ceh mcm la ko ada follower kan?haha) aku tanpa membuang masa akan sambung trip ke sabah yang lepas..post sebelum ni sila klik SINI..

ok selepas puas cuci-cuci mata di Pasar Tamu Gaya, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya..pastikan anda tidak menterbalikkan laptop or PC anda semasa melihat pic2 ni nanti ye..hehehe

ok geng..destinasi seterusnya adalahhhh


RUMAH TERBALIK

ok geng..jangan fikir aku tak rotate pic ni ye..memang cenggini la rupe rumah tu..cun kan?first ttime aku masuk tempat ni memang terpegun jap..tapi inilah salah satu daya tarikan pelancong di Sabah nun..




time time ni la ko nak lelap kan?apala nasib..pic tak pernah nak senonoh..huhu

tapi teror aku kan?angkat kereta guna sebelah tangan jer..hihi


agak-agak gam jenis apa yer yang diaorang guna nak lekatkan kereta ni kat bumbung?




ok now kami nak masuk ke rumah terbalik ni. gadis pengiring ini sedang  memberikan  sedikit taklimat mengenai peraturan yang perlu kami patuhi semasa berada di dalam rumah ini..peraturan yang paling PENTING adalah NO CAMERA PLSSS..haaa tak boleh ambil gambar ok dalam rumah ni..kalau nak bergambar boleh tapi guna cameraman mereka dan dicaj RM 100 untuk sekeping gambar..erk gilo apo?tak koser den nak layan..huhu

meh den cerito kan apo yang ado dalam rumah ni..yang ada hanyalah perabit-perabot yang diterbalikkan.. yelah bumbung kat bawah kan?so bila masuk tu kita akan nampak kipas siling kat bawah, lampu kat bawah.kat atas pula ada set sofa, set meja makan, mesin basuh, dll lagi perabot yang perlu ada dalam rumah. aku risau gak masa jalan-jalan dalam rumah tu..dibuatnya tiba-tiba perabot-perabot tu jatuh, habisslaaa


ok ni pemandangan di pintu keluar rumah ni..haa kau tengok tu basikal dan pasu bunga pun terbalik..ish ish ish..

ok jom kita ke destinasi yang berikutnya iaitu


pernah dengar tak tentang nama jambatan ni?ada lagu tau..nanti korang search kat youtube eh..



ok pendakian bermula..ceywah macam panjat gunung kinabalu je..tapi berdebar gak sebab ni jambatan gantung kan..seram gak kalau bergoyang-goyang..ok jom kite


begini rupanya struktur jambatan ini bagi memastikan jambatan ini bergoyang-goyang..



jambatan ni dalam 100 meter lebih kot panjangnya..kalau jalan sorang-sorang ok lagi..tapi bila ramai-ramai, semakin kuat jambatan ni bergoyang..


cantik juga pemandangan dari atas jambatan ini..


di bawah jambatan adalah sungai. airnya nampak macam keroh..tetapiii



ada juga manusia yang mandi manda di sini..skodeng jap..hehe



tengah-tengah skodeng sekali terpandang bawah terus kecut perut..tingginya..so jom blah cepat..



sekarang dah ada jalan raya..lagi copek dan sonang jo..

ada ceritanya mengenai Tamparuli ni..aku tanya pakcik gogel dia jawab apa ye?

'Ditampar Oleh Air'

Menurut sejarah, Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat ‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada suatu masa dahulu, apabila pedagang-pedagang Brunei berkunjung ke Daerah Tamparuli, mereka tidak dapat naik ke hulu disebabkan arus air sungai yang terlalu deras. Maka timbullah ayat ‘ditampar oleh air’ dan ia telah disingkatkan kepada Tamparuli.
Kewujudan jambatan gantung Tamparuli telah menjadikan Daerah Tamparuli  lebih dikenali oleh masyarakat luar dan pelancong asing. Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai  “tajau” oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun.


ok habis dah kelas sejarah..bukan apa..at least korang dapat juga ilmu kan bila baca blog aku..takdalah penuh dengan gambar-gambar yang diedit dan tidak diedit..hehehe



turun-turun jambatan ada pasar plak..singgah jap tetapi takda apa yang menarik..so jom kita ke destinasi yang seterusnyaaaa


haaaa ni lah urvan aku dan kawan-kawan sewa..bukan limo yang korang nampak masa di post yang lepas yer...aku berlagak je..huhu






Comments

Popular posts from this blog

SABAH TRIP - DAY 2 - PART 4

Laguna Biru Apartment

aku punya manja kau saja boleh rasa