Sabah Trip - Day 1 - Part 3

ok malam ni aku nak sambung trip aku yang ke Sabah hari tu..lama betul nak update..busy sangat dengan kerja yang menimbun kat ofis..tapi dalam hati ni meronta-ronta je nak update blog..rasa tak best bila lama tak menaip..

tanpa membuang masa aku sambung dari bab ni Sabah Trip - Day 1 - Part 2

aktiviti aku dan kawan-kawan malam tu adalah pergi cari makanan..manusia tak boleh hidup tanpanya..siang dah letih sangat bersnorkeling bagai kan..malam tu perut dah bunyi-bunyi minta diisi..janji tunggu kat lobby hotel kul 7 tapi kul 8 ada je yang tak turun lagi..geram betul aku..perut dah masuk angin ni..tapi sebab kawan-kawan kan..sabar jelah..so kul 8.30 baru gerak untuk cari makanan..kebetulan malam tu ada pasar malam Filipino..so letssss gooooo..LAPARRRRRR!!!!!


kedudukan pasar malam ni betul-betul depan hotel meridien KK..pasar malam ni kalau tak silap aku setiap hari ada mula kul 3 petang...memang meriah!!


kiri kanan jual sayur..segar-segar sayurnya..murah-murah lagi..aku rasa la..sebab tak tanya pulak berapa harganya..


sayur lagi..


orang vegetarian mesti suka datang pasar malam ni..hehe



cengkerang pun ada..


lepas dah cuci-cuci mata kami semua carilah kedai makan..tak tahan lapar sangat ni..




masa duk pilih gerai mana nak masuk aku tertarik dengan ikan yang colourful ni..uish tak pernah nampak kat KL ni..apa lagi snap snap..


ini la makanan kami semua malam tu..seafood bakar..macam-macam jenis ada..murah-murah lagi..disebabkan aku ni alergik banyak sangat, aku ambil sotong dan ikan  bakar jer..jer jer pun letih gak nak menghabiskannya..besar-besar portion makanan seafood kat pasar malam ni.



tak sempat nak snap pix masa pinggan masing-masing penuh sebab camerawomen pun tengah busy mencekik..hehehe..


air kelapa ni sangat sedap tetapi isinya sangatlah keras..sampai bengkok sudu aku kerjakan untuk mengorek isi-isi buah kelapa ini..


masa odw balik lepas makan terjumpa orang jual udang..besar-besar udangnya..tak caya?


haaa ini buktinya..ibu jari lelaki yang berbadan sasa cuma bersaiz 1/3 je dari saiz udang tu..besar udang ni..dan harganya murah...dalam sekilo RM 20 ringgit rasanya..


jumpa lagi ikan warna-warni ni..macam rasa geli lak nak makan..huhu


pick me, pick me------> jeritan batinku


jumpa lagi cengkerang masa odw balik ke hotel




dan masa aku tengah jalan-jalan tu, tiba-tiba kawan-kawan aku hilang..rupa-rupanya semua kerumun kat sini..




cantik-cantik semua perhiasan wanita yang diperbuat daripada mutiara ni..dan harganya juga sangat murah berbanding harga di KL..macam set-set rantai tu tak sampai seratus ringgit pun harganya walaupun mutiara itu original ye..mutiara air masin..kalau mutiara air tawar lagi murah....memang habis ler para ibu-ibu bapak-bapak borong kat sini..aku?takdanya..aku kerumun gak tapi sebab nak ambil pix gelagat kawan-kawan aku ni membeli mutiara..macam-macam peel..hehe..


sampai kat kawasan hotel aku, dah meriah dah pasar malam Kampung Air..pasar malam ni memang setiap malam ada..jual pelbagai jenis barang seperti T-Shirt cotton, key chain, fridge magnet, perhiasan mutiara dan macam-macam lagi..

tapi aku suka ambil pix keycahin dan fridge magnet..sesetengah tempat key chain dan fridge magnet sangat berbeza dari segi rupabentuk, warna, corak dan sangat warna-warni..

so let the pix speak for itself..










oklah sampai sini saje coretan aku untuk post kali ini.. banyak sangat dugaan nak buat post ni..pix asyik fail je nak upload..sabar jelah..tapi bila tengok balik pix2, rasa nak pergi lagi ke Kota Knabalu ni..banyak lagi pasar-pasar yang belum dijelajahi..cewahh.. 

KBAI





















Comments

awan said…
NIce pics... banyak yang menarik tapi i tak sanggup nak naik kapal terbang huhuhuh
kemon yana..nanti kita try atasi perasaan tu..kadang-kadang ia datang sekali tu je..lepas-lepas tu mesti ok..u can do it!

Popular posts from this blog

SABAH TRIP - DAY 2 - PART 4

Laguna Biru Apartment

aku punya manja kau saja boleh rasa