Pls Jangan Tinggalkan Saya Sekali Lagi

Ciko masuk wad..

pukul 12.32 pm tadi aku terima panggilan daripada emak yang mengatakan ciko tak bergerak..mata terbuka..nafas masih ada..tapi kakinya tidak bergerak..diam terkaku dan sekali sekala kepalanya bergerak-gerak..

aku dalam perjalanan nak membayar saman parking di MBPJ dan bila menerima panggilan telefon tersebut, terus aku terbayang dan merasa kesedihan yang aku alami semasa kehilangan Bell..aku tak mahu rasakan semua itu lagi.

terus aku memecut pulang ke rumah. sampai rumah aku lihat ciko berada di atas sehelai kain baju yang memang aku khaskan untuk alas tempat tidurnya..

bila aku lihat saja wajah ciko, air mata aku terus mengalir tanpa disekat-sekat lagi..ciko sangat lemah..kaki-kainya tak bergerak langsung..badannya sangat kurus..matanya merenung ke wajahku apabila aku memanggil-manggil namanya..ciko..ciko..bangunlah..jangan tinggalkan aku..tapi ciko hanya memandangku dengan wajah sayunya..

aku terus membawanya ke hospital veterinar yang sering aku lawati bagi mendapatkan rawatan untuk ciko sebelum ini. semasa di dalam perjalanan, air mata ini tak henti-henti mengalir..sedih dan takut akan kehilangan ciko..aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat..aku berdoa semoga Allah selamatkan ciko..aku nak menjaganya sehingga ke akhir hayatnya..

imbau kembali memori semasa aku menjumpai ciko dahulu.. ciko adalah seekor kucing yang ada kurap, ada penyakit mata dan kurus sangat masa tu..aku pun tak tahu kenapa hati ini tergerak nak memungutnya dan bawa balik ke rumah walaupun keadaan tak seperti kucing-kucing comel yang lain..yang aku pasti, aku nak rawat dan jaga ciko sehingga dia sihat.

dalam tempoh 3 minggu aku menjaganya, sakit mata ciko dah sembuh..kurapnya dah semakin berkurang..selera makannya juga bertambah..buang air kecil atau besar pun dah normal..tiada cirit birit lagi.

tapi kenapa ciko jatuh sakit? apa kesalahan atau kelalaian yang aku dah buat dalam penjagaannya?aku rasa aku dah berikan makanan dan tempat tinggal yang terbaik untuk ciko..

sampai sahaja ke hospital terus aku meluru mencari doktor dan terus masuk ke bilik pemeriksaan..doktor mendapati ciko mengalami cirit birit dan badan dia sangat lemah..dia kehilangan banyak air dan badanya kekurangan nutrisi. atau doktor kata ciko tak makan.

aku macam tak percaya dengan apa doktor katakan. seingat aku pagi tadi semasa aku nak pergi kerja, ciko dah makan, dia siap boleh main panjat-panjat sofa lagi iaitu tempat lepak dia..aku macam tak percaya tengok dia lemah tadi..sangat lemah..kakinya tak bergerak langsung..hanya kepalanya sahaja bergerak sedikit.

doktor kata peluang ciko untuk hidup adalah kurang 50% !!

aku terus menangis dan menangis lagi..aku tak kisah dah doktor tu nak kata apa..aku rasa sedih sangat..aku rayu pada doktor untuk selamatkan ciko..buatlah apa cara sekalipun dan berapa sekalipun kosnya..

doktor mengangguk dan terus sediakan peralatan untuk masukkan air ke dalam badan ciko. sekali lagi aku tak sanggup lihat apabila doktor mencucuk jarum pada leher ciko untuk water drip..tiba-tiba ciko bersuara dan menggerak-gerakkan kaki-kakinya..terus aku berpaling sebab tak sanggup nak lihat kesakitan yang ciko alami..

Ya Allah aku mohon padamu kau sembuhkan lah ciko..bagilah peluang padaku untuk memeliharanya..ampunkan lah dosa ku jika aku lalai di dalam menjaganya..


Comments

awan said…
takziah di atas pemergian ciko... ciko bertuah sbb u sempat jaga dia. kalau u tak amik die, mesti dh lama die meninggal.. tabahkan hati u

Popular posts from this blog

SABAH TRIP - DAY 2 - PART 4

Laguna Biru Apartment

aku punya manja kau saja boleh rasa