TUJUAN HIDUP

Assalamualaikum,,,,,
,
Lama betul aku tak mencoret dalam blog ni. Nasib baik blog ni di alam maya. kalau blog ni seumpama sebuah bilik confirm blog aku dipenuhi habuk dan sawang..

Aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku dengar dari ceramah seorang ustaz ni..Kata-kata dia banyak memberi inspirasi dan membuka minda serta hati aku untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.

Ok salah satu ceramah yang aku dengar adalah bertajuk "INGAT MATI TINGKAT PRODUKTIVITI"..

Aku bila dengar tajuk ni terus aku berfikir seperti manusia-manusia lain yang sempit fikiran..Manusia yang sempit fikiran akan berfikir, dah kalau ingat mati mestilah akan 24 jam beribadah..pergi masjid, mengaji, solat..kerja semua dah tak kisah dah..apa yang tingkat produktivitinya??

haaa tengok orang sempit fikiran macam aku ni berfikir..selama ni cara aku fikir salah.

BETUL bila kita ingat MATI kita akan tingkatkan IBADAH kita kepada Allah..tetapi kita selalu silap yang ibadah itu hanyalah solat, puasa, mengaji, sedekah..dll..

Sedangkan konsep ibadah itu luas. ibadah yang aku sebut seperti di atas adalah ibadah khusus dan hukumnya fardu ain..namun ibadah juga ada dalam bentuk ibadah umum dan hukumnya adalah fardu kifayah..contoh ibadah umum adalah bekerja dan memberi manfaat kepada manusia lain.

Maka jika kita ingat MATI  kita akan bekerja dengan rajin,  jujur, tidak curi tulang, amanah dan sedaya upaya untuk membantu orang lain.  Ini kerana kita tahu kerja juga merupakan ibadah kita kepada Allah..Kita ingat MATI, kita akan sedaya upaya memperkemaskan kerja kita dalam tempoh 8 jam sehari tersebut.

Pastikan kita bekerja niat kerana Allah, ingin mendapat redha Allah dan selaras dengan sunnah Nabi Muhammad S.AW maka ianya adalah ibadah kita kepada Allah dan besar ganjaran pahalanya..

Kesimpulanya kita balik pada TUJUAN asal kita hidup di atas muka bumi ini iaitu hanya DUA. Pertama adalah untuk beribadah kepada Allah dan kedua adalah untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Khalifah bermaksud orang yang memberi manfaat kepada orang lain melalui pekerjaan, perniagaan dan hubungan sesama manusia.

INGAT MATI AKAN MENAMBAHKAN IBADAH KITA KEPADA ALLAH DAN MENYEGERAKAN TAUBAT..



Comments

Popular posts from this blog

SABAH TRIP - DAY 2 - PART 4

Laguna Biru Apartment

aku punya manja kau saja boleh rasa