kasih sayangNya

Assalamualaikum..

Lama sangat ni tak update blog..dasar mamalia yang berat tulang..huhu..aku ada banyak perkara nak diceritakan tetapi disebabkan wujudnya simpton-simpton M ni maka tak sampai-sampai perkara yang nak diceritakan..

Ok aku nak cerita tentang kasih sayangNya kepada hambanya yang lemah lagi hina ni..serius ni..

Aku masih tak boleh lupa satu peristiwa di mana sehingga kini aku jadikan peristiwa tersebut untuk aku sentiasa bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t..

Ok pada suatu hari..aku dan adik perempuan ku ingin menghadiri suatu kenduri kawen di Klang..semasa aku sedang drive nak gerak dari rumah aku dah perasan yang minyak tinggal 1 bar lagi nak sampai E..selalunya jika berkeadaan begini, aku akan terus isi minyak di stesen minyak yang paling berdekatan dengan rumah aku..TETAPI pada hari tersebut aku boleh teruskan perjalanan dan merancang untuk mengisi minyak di stesen yang berikutnya..lebih kurang 3KM daripada rumah aku..

Bila tiba sahaja di stesen minyak tersebut, aku parking dan sebaik sahaja keluar dri kereta muncul seorang staf perempuan dari stesen minyak tersebut minta aku buka bonet depan kereta bagi tujuan untuk bantu tengok-tengokkan apa yang patut..aku pun terus buka bonet dan terus melangkah ke kaunter untuk bayar.

Selepas bayar aku terus ke pam minyak dan aku nampak asap dari bonet depan kereta. Staf yang sedang tengok keret ku terus cakap "dik, coollen dah kering"..berasap kereta sebab panas..nasib baik awak berhenti..kalau terus jalan boleh rosak kereta tengah jalan".. Ya Allah..betapa bersyukurnya aku pada waktu tu..rasa nak sujud syukur..

aku duk bayangkan kalau la aku isi minyak di stesen minyak yang dekat dengan rumah dan masa tu masih belum nampak kereta berasap dan aku teruskan perjalanan ke Klang, tidak mustahil kereta aku akan berasap atau terbakar di tengah jalan sebab panas sangat..

Ya Allah, betapa aku sangat bersyukur dengan ketentuanMu..

Comments

Popular posts from this blog

SABAH TRIP - DAY 2 - PART 4

Laguna Biru Apartment

aku punya manja kau saja boleh rasa