PANJANGNYAAA cerita untuk trip pergi Sabah ni..ok kali ini ceritanya adalah sambungan dari episod lepas ye..klik SINI selepas kami beramai-ramai berjalan menaikan jambatan gantung tamparuli, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang, Sabah. jalan nak ke Kundasang memang agak mencabar berikutan kita akan ke kaki gunung Kinabalu so jalannya macam ular. driver yang dah lepas Genting Highland or Cameron (jalan lama yer) bolehla cuba memandu di Kundasang..hehe ini view sepanjang perjalanan aku ke Kundasang..tu dia puncak Gunung Kinabalu..nampak tak? puncaknya ditutupi awan.. kami masih ada pit stop lagi sebelum nak sampai ke Kundasang..iaitu Pekan Nabalu..pekan ni macam hidup segan mati tak mahu..tapi singgah tetap singgah..ni la orang Malaysia..always support each other punya bisnes maa..hehehe..padahal memang kaki shoping..tak kisah la tempat apa pun, msti singgahh..haha turun-turun je van nampak orang jual makanan dulu..macam sedap je buah-buahan tu.. rupa
Assalamualaikum, semalam aku telah meredah laluan berlopak, berlubang, berhabuk dan bertembung dengan lori-lori besar untuk sampai ke LAGUNA BIRU APARTMENT.. sebab apa aku sanggup bersusah payah, berpenah jerih dan bermandi peluh ni? sebabnyaaa aku nak tengok rumahh..rumah idamanku..tapi tak pasti lagi berjaya ke tidak untuk aku memiliknya... ok, sebenarnya aku sesat..ada jalan yang elok tapi tah macam mana leh sesat kat kawasan kilang-kilang tu..nasib baik sampai.. LBA ni terletak di sungai buloh..so aku rasa satu Malaysia tahu kat mana sg. buloh..betul tak?? tetapi kedudukan rumah yang aku nak beli ni betul-betul sebelah Tasik Biru. kalau pergi sg. buloh, tanya orang tentang Tasik Biru, memang semua orang tahu..sebab per?sebab tasik tu adalah tempat sukan air dan rekreasi yang menjadi perhatian pengunjung pada setiap petang dan hujung minggu..pengunjung terdiri daripada kaki-kaki pancing, kanak-kanak, mak bapak, pemuda pemudi yang sukakan sukan air macam jet
aku kadang-kadang tak faham dengan manusia yang suka berburuk sangka dengan orang yang berniat baik. lantak lah orang yang baik tu nak menunjuk kebaikan dia ke, dia ikhlas tak ikhlas ke, itu hanya Allah yang tahu.. kita sepatutnya mencontohi sikap baik itu..bukannya mengata orang tu..sekurang-kurangnya orang yang baik tu, dia buat kebaikan..tak ikhlas pun itu masalah dia, korang yang mengata ni apa dapat?dahlah tak buat kebaikan malah mengata orang lagi..aku yang dengar ni rasa sakit je telinga dan hati tapi pendam kan jelah..malas nak campur dengan orang otak singkat ni.. bila orang buat baik, kata nak menunjuk..ok aku tak kisah KBAI
Comments