CONFESSION

Salam sejahtera kepada penghuni di alam maya

dah lama aku tak mencoret sesuatu yang berkenaan dengan kisah hidup aku..balik-balik cerita cuti-cuti malaysia..tak pun novel cerpen yang tak siap-siap tu..takda idea lah..huhu

aku masih di ofis ni..walaupun kawan-kawan ofis semua berlumba-lumba balik pukul 4.29 tadi..almaklumlah bulan puasa ni..semua nak balik awal..nak berbuka dengan family..tapi aku? owhh pukul 4.15 tadi dah berbuka..air kosong je..

bulan ramadhan tahun ini aku belum merasai lagi nikmat berpuasa..aku mengalami kecederaan ringan semasa 1 ramadhan dan berlarutan kepada kecederaan serius dan kembali cedera ringan..harap-harap esok dah sembuh dan bolehlah aku menunai rukun islam yang keempat ni..ke tiga eh?selalu konfius puasa ni rukun nombor 3 atau 4..

maka secara matematiknya aku akan ganti puasa selama 10 hari..berbeza dengan tahun lepas aku ganti 2 hari je..aiyoyoyo..takpe takpe..kecederaan aku ini bukan diminta-minta tetapi telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t..aku redha..

apa sebenarnya yang aku nak luah ye..hmm bukan nak luah apa pun..just nak bagitahu yang hmmm perlu ke bagitahu kat sini?nanti reader aku (eh ada ke?) kata tu pun nak tulis kat blog..hehehe

tapi aku nak luah gak..dah lama sangat pendam ni..tak tahan dah rasanya..tak tertanggung dah..aku rasa dah tiba masanya aku mengaku kepada satu dunia..biarlah mereka (tak sure la ada ke tak) nak kata apa pun..aku tetap nak jadi diri aku yang sebenarnya..

sebenarnyaa.... aku LAPARRRR..WALAUPUN AKU TAK BOLEH PUASA TAPI AKU TAK MAKANNN..RUGIII TAK? 

Comments

Anonymous said…
Babe... rugi, rugi....

Popular posts from this blog

SABAH TRIP - DAY 2 - PART 4

Laguna Biru Apartment

aku punya manja kau saja boleh rasa